1st sekali buat Abah tersayang,Hj Abdul Latif b. Hj Abdul Rahman,
Selebihnya untuk semua cikgu2 yg pernah mendidik aku di sekolah Tadika Bkt Jenun,Sk Bukit Jenun,Sek Men Keb Bkt Jenun yg sekarang telah di naik taraf sebagai Sekolah Model Khas Bukit Jenun..Semua ini adalah hasil usaha cikgu yg x pernah kenal erti jemu....
CIKGU,SIR,USTAZ,USTAZAH-Mohd Fauzi, Abdullah Puteh, Lee Soon Guan,Ms Lim,Zuraida Ahmad,Ghazali omar dan cikgu lain2 yg masih belum dapat di jejak dlm FB ni..Ketahuilah "AKU CINTA PADAMU" cikgu....forever n ever..
LOVE FOREVER
Buatmu Cikgu2 ku sayang
TERIMA KASIH GURU
(Sempena Hari Guru 2012)
Terima kasih guru
yang mengajarku dulu
membawaku ke ladang-ladang
ilmu
dengan sabar tak kenal jemu
kini kupetik buah kejayaan itu
dari pohon jasa seharum narwastu.
Terima kasih guru budiman
yang merungkai erti kehidupan
menanam benih-benih kemanusiaan
memadam puntung-puntung
kesombongan
bagai bintang di kegelapan malam
di tengah lautan jadi pedoman.
Terima kasih guru jauhari
yang membugar perkebunan budi
lembut menyiram akal pekerti
tekun menyemai mulia peribadi
jasa baktimu terhampar pasti
moga Tuhan sentiasa memberkati.
Terima kasih guru tercinta
menyahut cabaran semangat perkasa
memperkukuh iltizam membina bangsa
gelanggang pendidikan diri diperhamba
modal insan dijana dipelihara
melahirkan pemimpin memacu negara.
Sumber :Dunia puisi
Thank you for sharing....
Menulis sambil berangan:Suezana at 19.04pm on wednesday with My pren Normala..
No comments:
Post a Comment